Monday, July 08, 2013

Muzakarah Kesedaran Alam Sekitar di IKIM Malaysia

Institute kesefahaman Islam Malaysia (IKIM), mengundang saya untuk memaparkan tentang : Kurikulum Agama dalam Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar: Pengalaman Indonesia, judul ini saya paparkan dalam “Kertas Kerja disampaikan pada  Muzakarah Pakar “Komuniti Islam Dalam Pendidikan dan Kesedaran Alam Sekitar” 2 Juli, 2013.  Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Malaysia. Perhatian ini  sekarang menjadi kajian dan daya tarik di Malaysia, karena mereka merasa masih harus menggiatkan keterlibatan masyarakat dengan melalui pendekatan agama Islam terutama di kampung pedesaan dan penanganan lingkungan. >>>

1 comment:

An said...

Assalaamualaikum Prof

Nama saya Mohd Noor dari Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur.

Saya diperkenalkan kepada profil dan penyelidikan Dr Facharuddin melalui Prof Datin Dr Azizan, Timbalan Pengarah IKIM yang juga Profesor saya di Jabatan Pengajian Sains & Teknologi. Saya dan Prof Azizan serta barisan penyelidik dari UM sedang merancang untuk merangka satu modul kesedaran alam sekitar (terutama penjagaan dan pemuliharaan air) kepada komuniti Muslim dan masjid di satu kawasan di Selangor, Malaysia.

Justeru beliau meminta agar saya berurusan terus kepada Dr Facharuddin lantaran hubungan yang telah sedia terjalin antara IKIM dan Dr Facharuddin untuk meminta buah fikiran seterusnya meminta ijin untuk menggunakan pakai modul Islam dan Alam Sekitar dari Dr Facharuddin untuk diaplikasikan kepada komuniti Masjid di daearah Kuala Selangor.

Saya ingin berhubung lanjut bersama Dr Facharuddin jika tidak keberatan. Saya juga mewakili Prof Datin Dr Azizan mengutus salam hormat kepada Dr Facharuddin dan mohon maaf beliau kerna tidak bisa untuk berhubung secara langsung buat waktu ini atas beberapa tuntutan kerja rasmi serta berada di luar kawasan.

Saya boleh dihubungi melalui talian telefon bimbit 012-3770531 atau email: mohdnoormusa@gmail.com

Harapan saya agar dapat berhubung dan bertukar ilmu bersama Dr berkaitan Islam dan Penjagaan Alam Sekitar, inshaaAllah

Salam hormat,
Mohd Noor, UM
Kuala Lumpur